Image

DR KAMILIN BIN JAMILIN

Pengerusi Akademi Al Khayr

Dr. Kamilin Jamilin merupakan Ahli Majlis Fatwa Wilayah Persekutuan dan Perlis termuda. Beliau mendapat pendidikan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang hadis daripada Universiti Islam Madinah (UIM) dengan kepujian kelas pertama pada tahun 2008. Seterusnya beliau memperoleh Ijazah Sarjana dalam bidang hadis dan tafsir di Universiti King Saud, Riyadh Arab Saudi pada tahun 2013 dengan kepujian kelas pertama. Tesis sarjananya yang setebal 1800 halaman bertajuk “Mawarid Al-Hafizh Mughlatay fi ikmal Tahdzib Al-Kamal”.

Beliau kemudiannya memperolehi Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang hadis ( Al-Jarh wa Al-Ta’dil) di Universiti Sains Islam Malaysia dengan keputusan cemerlang kelas pertama. Tesisnya yang setebal 1500 halaman bertajuk “
Madlul Mustalah Laysa Bilqawiy wa Laysa Biqawiy ‘Inda Abi Hatim Al-Raziy Muaqaranah ma’a Al-Aimmah Al-Mutaqaddimin : Dirasah Tatbiqiyyah ”.

Beliau menyandang jawatan Exco Penerbitan Negeri Perlis dan kini merupakan Pengerusi Akademi Al Khayr. Beliau aktif dalam bidang penulisan berkaitan ilmu hadis dan telah menerbitkan banyak kertas kerja.

Antara Karya Penulisan Dr Kamilin

Image
Image
Image
Image

Tentang Kami

Menjadi Pusat Tahfiz Antarabangsa terpilih yang menerajui pendidikan tahfiz cemerlang duniawi dan ukhrawi

Hubungi

Isnin - Jumaat 8:00 - 5:00

[email protected]

019-3818616

Akademi Al-Khayr 2022 | Lot 3161 Lorong Rabingan, Kg. Jalan Kebun Seksyen 30, 40460 Shah Alam Selangor, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia


TAHFIZ ONLINE