Image

SEJARAH PENUBUHAN

Akademi Al Khayr adalah pusat yang dikhaskan untuk menghafaz Al-Quran dan mempelajari asas Islam yang sahih yang ditubuhkan pada tahun 2019. Di bawah pengawasan Sheikh Hussein Yee dan penasihat akademik Dr.Kamilin Jamilin, akademi ini mempunyai program untuk pelajar berusia 9-14 tahun dan golongan awam dewasa.

Dengan menyelaraskan kemudahan moden dan selesa dengan persekitaran yang sesuai dengan Al-Quran dan Sunnah, Akademi Al Khayr berusaha untuk melahirkan pelajar yang dapat menerapkan pengetahuan Islam yang sahih di dunia moden.
Konsep pendidikan tahfiz Al Khayr direka khas oleh Dr Kamilin Jamilin yang menggunakan pendekatan menyeronokkan dan menarik agar pelajar lebih dekat dengan al-Quran dan kefahaman terhadap al-Quran selari dengan sunnah Nabi Muhammad SAW. Kaedah ini menekankan kualiti daripada kuantiti.

Selain itu, Akademi Al Khayr juga berhasrat agar pelajar dapat menguasai komunikasi dalam Bahasa Arab dengan adanya tenaga pengajar keluaran STIBA (Sekolah Tinggi Ilmu Bahasa Arab) Arraayah Sukabumi Indonesia.
Akademi Al Khayr juga mempunyai kerjasama bersama Pertubuhan Al-Khaadem (PAK) dalam menerajui Kecemerlangan Akademi Al Khayr.

Image

Sheikh Hussein Yee

Image

Dr Kamilin Jamilin


TAHFIZ ONLINE