Font size: +
1 minute reading time (248 words)

"Tapi kitorang tak faham zina tu apa ek?”.

296739415_3450274961867385_1700979728080364565__20220812-063907_1

Sementara menunggu azan zohor dikumandangkan, dua anak ini bertanya kepada saya: "DKJ, kitorang ada belajar kat kelas yang zina tu haram dan berdosa besar. Tapi kitorang tak faham zina tu apa ek?".Wah, soalan yang sangat penting, tapi sukar juga untuk memberikan jawapan kepada anak kecil seusia mereka yang masih belum memahami perhubungan sebegini. Jadi saya cuba memberikan jawapan yang mungkin mudah untuk dijangkaui pemikiran mereka dan saya beritahu mereka zina tu antara 10 dosa paling besar dalam Islam.

Kemudian salah seorang daripada mereka bertanya: "Dalam Quran pun ada kata: Jangan dekati zina. Apa maksudnya ye? Macamana nak jauhi zina?"

Saya pun kongsikan sedikit dengan bahasa anak-anak apa yang Islam bimbing kita untuk jauhi zina daripada al-Quran dan al-Sunnah, antaranya: 

  1. Menggalakkan pernikahan dan menegah umatnya dari membujang selamanya. 
  2. Berpuasa bagi mereka yang belum berkemampuan untuk berkahwin. 
  3. Memelihara pandangan. 
  4. Menegah persentuhan berlainan jantina bukan mahram. 
  5. Menegah dari menarik apa-apa yang boleh menarik ke arah zina, misalnya tegahan buat wanita berwangi-wangian terhadap lelaki bukan mahram. Mengharamkan arak yang menghilangkan kewarasan akal. 
  6. Memupuk kasih sayang dan perhubungan yang harmoni di antara suami isteri.
  7. Membenarkan suami berpoligami jika ada maslahat tertentu. 
  8. Pensyariatan hudud.

Saya tahu mungkin mereka masih lagi belum jelas sepenuhnya, masih terkebil-kebil dan tersenyum-senyum. Tapi setidak-tidaknya saya ingin mendidik mereka supaya mereka tahu betapa besarnya dosa tersebut dan kesannya. Saya ingin mereka faham bahawa agama ini ada bimbingan dan penyelesaiannya. Tiada satu pun larangan di dalam agama melainkan Allah dan Rasul-Nya telah memberikan panduan untuk menjauhinya.

-Dr. Kamilin Jamilin- 

×
Stay Informed

When you subscribe to the blog, we will send you an e-mail when there are new updates on the site so you wouldn't miss them.

Akademi Al-Khayr Open Day!
 

Comments

No comments made yet. Be the first to submit a comment
Already Registered? Login Here
Friday, 19 April 2024

TAHFIZ ONLINE